PORT LEPAK FOOD TRUCK TER”AWESOME” DI DESA TEBRAU, JOHOR BAHRU

Korang semua mesti ramai tercari cari mana port best nak lepak dengan keluarga , kawan kawan , pasangan korang kat JB ni kan. Jadi coffee ngnecess cadangkan dekat sini ada 25 buah food trucks boleh jadi pilihan korang. Dan coffee ngencess salah satu food truck yang berada disini setiap hari. Lokasi ini terlepak di Jalan Harmonium 24/1 berhampiran dengan AEON Tebrau juga IKEA Tebrau. Komuniti Food Trucks ini di kelola oleh Persatuan Usahawan Trak Makanan Desa Tebrau.

Disini terdapat pelbagai pilihan makanan dan minuman akan menjadi cita rasa korang, dan korang boleh dapatkan pelbagai makanan dan minuman seperti : steamboat, burger, pasta, nacos, satey, nasi goreng, pisang goreng, lontong goreng, shellout, ikan bakar, ayam golek, bubur dan macam macam lagi lah. Itu baru makanan belum cakap pasal minuman pulak. Minuman kita ada coffee panas mahupon ais blanded, chocolate frappe, mangga, coconut shake, green tea dan pelbagai lagi minuman hipster masa kini yang sangat sedap sampai boleh dibuai mimpi.

Hmmm semuanya sedap sedap belakakan! Mesti anda tertanya tanya jam berapa sampai jam berapa food truck bermula dan tutup? Ya kami bermula dari jam 6 PM hingga 12 AM. Jadi apa tunggu lagi jom lerr lepak dekat PORT LEPAK FOOD TRUCK DESA TEBRAU. Jangan lupa share kan pada rakan2 korang yg dari luar Johor bagi tahu mereka kalau nak lepak port baik punya boleh singgah sini. Next kami bagi tahu pula siapa 25 Food truck yang wujud disitu. Dan semestinya pekene Ngencess baru lah lengkap citarasa lengkap korang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *